Resepi Ayam Masak Kunyit Mudah & Sedap
Resepi Ayam Masak Kunyit Mudah & Sedap
Ayam masak kunyit adalah antara lauk paling mudah dan cepat disediakan. Sesuai untuk makan tengah hari atau malam, hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Jom cuba resepi ayam masak kunyit yang ringkas tapi sedap ini!
Bahan-Bahan:
Bahan utama:
300g isi ayam – potong dadu
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sayur pilihan (ikut citarasa):
1 biji bawang besar – hiris
1/2 batang lobak merah – hiris serong
1 batang kacang panjang – potong pendek
1/2 biji capsicum hijau/merah – hiris
Bahan tumis:
3 ulas bawang putih – cincang
1 biji cili merah – hiris serong (pilihan)
Cara-Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 10–15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan..
3. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang besar, cili dan sayur-sayuran. Kacau rata.
4. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata bersama sayur.
5. Masak sekejap hingga sayur sedikit layu. Siap untuk dihidang!Tips Sedap:Nak rasa lebih pedas? Tambah cili padi semasa tumis.
Boleh juga gunakan ayam bertulang, tapi masa memasak lebih lama.
Sesuai dimakan dengan nasi putih panas atau nasi goreng kosong.
Comments
Post a Comment